KURSUS MENCETAK BAJU

Click here to edit subtitle

More
  • Home
  • Register
  • Album
  • Info
  • new
  • update
  • T-SHIRT
  • Webstore

  • 1. Silkscreen adalah kaedah memindahkan hasil rekaan seni atau grafik terus ke medium berbeza sama ada kotak, barangan dan juga tshirt khususnya. Cara penyediaan adalah berlainan mengikut kaedah yang besesuaian dengan individu yang mengendalikannya dan juga bahan serta peralatan yang akan digunakan.Cetak saring adalah salah satu teknik proses cetak yang menggunakan layar (screen) dengan kaedah tertentu dan umumnya bahan dasarnya Nylon atau sutera. Skrin ini akan menghasilkan blok yang berasal dari negatif rekabentuk yang dibuat sebelumnya. Kain ini direntangkan dengan kuat agar menghasilkan skrin layar dan hasil cetakan yang mendatar. Setelah diberi penchahyaan, akan terbentuk bahagian yang boleh ditembusi dye dan tidak. Proses pengakhirannya adalah dengan menuangkan dye di atas skrin dan kemudian disapu menggunakan sekuji yang dibuat daripada bahan bergetah. Satu skrin atau blok digunakan untuk satu warna.

1.0 PENGENALAN

Mencetak menggunakan Teknik Silk Screen adalah satu teknik cetak yang tertua sekali. Sebelum terciptanya mesin cetak, industri cetak pada keseluruhannya menggunakan ceiakan Silk Screen dan teknik ini telah digunakan secara meluas sehingga ke hari ini. Pada zaman yang serba moden sekarang ini. Prosesproses yang lebih canggih lagi telah dimasukkan di dalam teknik ini tanpa menepikan keasliannya.

Keistimewaan teknik ini ialah ia bukan hanya boleh dilakukan pada satu bahan sahaia, tetapi ia boleh digunakan pada berbagai bahan tanpa hadnya.

Contoh : bahan-bahan yang boleh dicetak menggunakan Teknik Silk Screen ialah seperti kertas, mug, papan tanda, banner, tuala, beg dan bahan yang ingin anda pelajari sekarang ini iaitu TShirt.

Proses cetakan pada TShirt adalah sama seperti cetakan pada lainlain bahan, tetapi hanya Jaring Sutera, Dye dan Emulsion sahaja menggunakan jenis yang berlainan. Contohnya untuk TShirt, kita menggunakan Dye tetapi untuk kertas pula, kita menggunakan Ink. Jika anda telah faham dan mahir tentang Teknik ini, anda boleh mencubakan Teknik ini pada apa sahaja bahan yang anda mahu dan anda dapati anda telah mempelajari satu teknik yang amat menarik.

2.0 TEKNIK CETAKAN SILK SCREEN PADA TSHIRT

Hanya ada satu cara sahaja mencetak gambar-gambar menarik pada TShirt iaitu dengan menggunakan teknik Cetakan Silk Screen

Teknik ini adalah cetakan manual. la tidak menggunakan sebarang mesin tetapi menggunakan kemahiran tangan dan dicampur dengan daya. kreatif anda, cetakan ini boleh dijayakan dengan sempuma.

gambar yang kita lukis di atas sehelai TShirt kerana ia akan melalui beberapa proses tertentu. Sebaliknya ia akan menjadi begitu mudah jika kita lakukan dengan penuh ketekunan dan kesabaran beserta dengan minat kita. Sememangnya ia kelihatan sukar untuk memindahkan sesuatu

Ketekunan, ketelitian dan kesabaran amat ditekankan di dalam kerja-kerja percetakan TShirt. Ini. kerana kita akan menghadapi beberapa proses; yang padu kita hadapi seperti menyediakan reka corak, membuat blok dan lain-lain lagi.

Jika akan dibuat berulang-ulang kali, pasti kita akan menjadi mahir dan dikagumi orang ramai dengan kebolehan kita.

Create your own free website today
Webs
Better Websites Made Simple